Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Syahadat

Syahadat

Al-Quran

Al-Quran
The Best Book In The World

Heal Our Soul

Heal Our Soul
Subhanallah, La ilaha illa Allah, Alhamdulillah, Allahuakbar..

Freedom

Freedom
Justice for Palestine

The Muslim Lady

The Muslim Lady

I choose to wear it happily :)

I choose to wear it happily :)
HIJAB, it protects my dignity.

Keep praying :)

Keep praying :)

Shot you!

Shot you!

SMILE and U'll be HAPPY (^_^)

SMILE and U'll be HAPPY (^_^)

This baby is so cute~~

This baby is so cute~~

Read the book and gain the knowledge!

Read the book and gain the knowledge!

Thursday, March 28, 2013

Lawatan Ilmiah ke UPSI dan BAM


Assalamu'alaikum. First post in this blog in Bahasa Melayu :)


Alhamdulillah, bersyukur ke hadarat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, saya dan rakan-rakan telah berjaya menyempurnakan lawatan ilmiah kami iaitu ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Lawatan ini disertai oleh 35 orang guru pelatih daripada unit PISMP Matematik Januari 2011 dan PISMP Sains Januari 2011. Perjalanan lawatan ilmiah kami telah bermula pada pagi 28 Januari dan berakhir pada petang 29 Januari 2013. Daripada lawatan ilmiah ini, pelbagai perkara yang telah saya peroleh.

       Melalui lawatan ini, saya dapat melihat cara pengurusan stor Pendidikan Jasmani di UPSI. Meskipun begitu, pengurusan stor Pendidikan Jasmani di UPSI agak kelam-kabut ketika itu kerana stor penyimpanan barang-barang PJ sedang diubah suai ke arah yang lebih baik. Dengan melawat stor Pendidikan Jasmani di kampus lain, kita dapat membuat perbandingan dan mengambil perkara baik untuk diaplikasikan dalam pengurusan stor di kampus sendiri.

Saya juga merasa sangat kagum dengan kemudahan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak UPSI. Meskipun begitu, saya tetap bersyukur dengan segala kemudahan dan infrastruktur sukan yang telah disediakan di IPG Kampus Perempuan Melayu yang merangkumi stadium, trek, gimnasium dan stor penyimpanan alatan-alatan sukan.  Selain itu, pihak sukan UPSI turut menyediakan kemudahan sukan sama ada sukan indoor ataupun outdoor. Di UPSI juga terdapat bilik seperti bilik persegaran dan bilik bebanan yang pastinya dibina atas tujuan-tujuan tertentu.

Tambahan pula, penyertaan pelajar-pelajar UPSI dalam bidang sukan juga sangat menggalakkan. Maka, tidak dapat dinafikan lagi apabila UPSI dijadikan sebagai salah satu tempat rujukan utama bagi bidang sukan. Prestasi atlet-atlet UPSI dalam sukan antara universiti di seluruh Malaysia juga amat membanggakan. Sepatutnya, guru pelatih IPG boleh mengambil ibrah daripada penyertaan mahasiswa dan mahasiswi UPSI yang amat menakjubkan dalam bidang sukan ini. Walaupun tidak semua guru pelatih meminati bidang sukan ini, namun kita perlu melatih diri kita untuk bersukan sebagai salah satu cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Apabila tubuh badan kita sihat, insha Allah akal fikiran kita juga akan sihat. Bak kata pepatah,“Minda yang cerdas ada pada tubuh badan yang cergas.” Lantaran itu, kita pasti akan lebih fokus ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

       Di samping itu, saya juga dapat mengetahui organisasi Pusat Sukan di UPSI ini yang merangkumi beberapa orang tenaga pengajar sukan. Dana-dana yang diperoleh untuk menjamin kelangsungan sukan di UPSI juga turut dinyatakan dalam taklimat ringkas yang disampaikan oleh Pengurus Pusat Sukan UPSI. Dana yang disumbangkan agak banyak. Malah, atlet-atlet sukan di UPSI juga diberi pelbagai kelebihan dan insentif apabila mereka melibatkan diri dalam bidang ini. Maka, tidak hairanlah jika penyertaan mahasiswa dan mahasiswi dalam sukan amat menggalakkan.

Setelah taklimat ringkas mengenai pengurusan sukan, kami dibawa ke Muzium UPSI yang menyimpan sejarah dan pelbagai khazanah berharga. Muzium tersebut bersaiz sederhana besar dan pameran yang paling menarik minat saya ialah pameran gambar portrait, fotografi dan grafik yang merupakan hasil kreatif pelajar UPSI sendiri. Lukisan yang dipamerkan sangat cantik dan tidak puas mata memandang. Hal ini menunjukkan bahawa mahasiswa dan mahasiswi UPSI bukan sahaja berbakat dalam bidang sukan dan pendidikan, malah mereka juga mempunyai kelebihan dalam dunia seni. Sebagai seorang guru, kami tidak seharusnya mahir dalam sesuatu bidang sahaja. Misalnya, saya sebagai guru Matematik juga perlu tahu sedikit sebanyak tentang bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kerana saya menggunakan kedua-dua bahasa ini sebagai perantaraan untuk menyampaikan isi pengajaran kepada murid. Tambahan pula, saya juga perlu tahu tentang seni melukis. Hal ini kerana saya perlu mengajar anak didik saya cara untuk melukis bentuk-bentuk dua dimensi dan tiga dimensi. Jika saya mahir dalam seni muzik, saya boleh menerapkannya ketika mengajar anak murid tentang sifir sambil bernyanyi.
Potret Najwa Latif

Pada hari kedua, kami pergi melawat BAM yang mana pusat badminton ini merupakan pusat latihan bagi atlet badminton Negara seperti Lee Chong Wei dan lain-lain lagi. Setibanya kami di BAM tersebut, kami berpeluang melihat atlet-atlet negara sedang berlatih bermain badminton dengan bersungguh-sungguh. Nasib kami agak kurang baik kerana tidak berpeluang untuk bertemu dengan pemain hebat badminton iaitu Lee Chong Wei. Meskipun begitu, hal ini tidak sesekali mematahkan semangat kami untuk meneruskan sesi lawatan ilmiah tersebut.

Lawatan ilmiah di BAM dimulakan dengan taklimat yang amat padat dan disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Mohd Idris yang juga merupakan seorang Pengurus Pentadbiran di situ. Jika dilihat pada semangat yang tidak pernah luntur dan kecintaan yang amat sangat dalam kerjaya beliau sekarang, kita pasti tidak menyangka bahawa umur Tuan Haji Ahmad Mohd Idris sudah pun mencecah 72 tahun. Hal ini memberi kesedaran kepada saya bahawa saya perlu mencintai kerjaya saya kelak. Apabila kita cinta akan sesuatu, kita pasti sanggup mengorbankan masa, wang dan tenaga untuknya. Apatah lagi kerjaya yang bakal saya ceburi adalah suatu pekerjaan yang mulia yang mana saya akan diamanahkan untuk mendidik anak-anak murid. Tugas mendidik adalah sesuatu yang sukar dan tidak boleh dipandang enteng. Baik didikannya, maka baiklah hasilnya. Namun begitu, tugas mendidik ini tidak seharusnya digalas oleh para guru semata-mata. Ibu bapa khususnya dan masyarakat amnya perlu memainkan peranan penting bagi mencorak generasi muda yang bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.
Tuan Haji Ahmad Mohd Idris

Tambahan pula, beliau sangat suka berkongsi pengalaman dan pengetahuannya. Begitu juga seorang guru yang sifatnya menyebarkan, menyampaikan dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Jika seorang guru tiada sifat-sifat ini, apakah mungkin isi pengajaran boleh disampaikan kepada anak murid dengan baik? Teringat saya kepada nabi tercinta, Rasulullah SAW, yang juga digelar sebagai mu’allim atau guru. Antara sifat wajib yang dimiliki baginda adalah menyebarkan. Betapa mulianya seorang guru kerana kita sedang menyambung perjuangan baginda. Mendidik dan menyebarkan ilmu tanpa jemu. Orang kata guru ini ibarat lilin, yang membakar dirinya bagi menerangi orang lain. Kehadiran Rasulullah di muka bumi ini pula umpama cahaya, yang menerangi ke seluruh alam.

Di samping itu, segala perkara tentang badminton telah beliau kongsikan semasa taklimat tersebut. Taklimat tersebut juga disampaikan oleh dua orang pegawai BAM yang lain. Daripada taklimat ini, saya memperoleh banyak pengetahuan dan sejarah mengenai BAM. Selain itu, saya juga mendapat pengajaran bahawa kita perlu mengetahui sedikit sebanyak tentang sesuatu tempat yang ingin kita lawati. Misalnya, kita ingin ke Majlis Sukan Negara (MSN) tetapi kita tidak tahu apa itu MSN. Oleh itu, seeloknya jika kita melayari portal rasmi MSN supaya kita sudah mempunyai info tentangnya.

Sepanjang lawatan ilmiah ke UPSI dan BAM, begitu banyak ibrah atau pengajaran yang boleh kita lihat dan peroleh. Kata orang, banyak berjalan, luas pemandangan dan semakin banyak pengajaran yang kita akan dapat. Hal ini kerana Allah juga ciptakan langit dan bumi untuk dijadikan pengajaran kepada orang-orang mempunyai akal untuk berfikir. Wallahu’alam.

Wednesday, August 8, 2012

Layers of SECRETS

Assalamu'alaikum wbt.

People are layers and layers of secrets.

No one ever knows what inside their pure heart.

Except the one who create that people, The Creator.



It's so hard to understand people, even myself.
And only Allah the One who understands.


#very-nonsense-post#

Sunday, July 29, 2012

Memories

Assalamu'alaikum and hye to everyone.


It was a long time I don't update my blog.


But today I want to share a collage, which shows memories between they and I.



That's all ^^,